Wednesday, December 16, 2009

pentingnya hal cakap-cakap nih


zaman pakcik dulu pakai telefon macam ni




zaman anak2 telefon sudah begini (PSP tu)



ada antara anak yg sempat tak telephone mcm nih?


assalamualaikum..

nih kali pertama pakcik bersiaran di alam maya nih, selalu pakcik jadi kreatif dlm kelapa kepala pakcik shj.. tapi sejak dah tua nih, rasanya pakcik nih semestinya zalim pada anak-anak serta cucu. pengalaman bertahun ini perlu dikongsi, harap dijadi iktibar..

anak2 tahu tak..zaman pakcik dulu, kami sangat raikan komunikasi.. zaman pakcik tidak la secanggih sekarang, tekan je nombor, boleh terus cakap. zaman pakcik, kami gunakan surat. surat nadi masyarakat. kami menulis dgn sepenuh hati, setiap bait yg keluar ada jiwa sendiri..anak2 tanya la org lama sezaman anak pakcik. walaupun dengkol jawi lari, khat nya buruk, tapi isinya sangat dihargai. dan bagi pakcik. surat itu seni.




seni yg bagaimana. seni itu kan halus. dan penuh dgn makna2 yg tersirat. nah, surat pun begitu. mengarang surat bukannya senang, perlu sampai makna, kerna surat tidak ada intonasinya. mudah disalah faham. tapi jika kena pada gayanya, hehehe. makcik anak2 tuh, pakcik bertegur sapa melalui surat lah. sampai sekarang disimpannya. ubat katanya, walau dah bercucu pun. hebatkan kuasa surat (uhuk3)

zaman sekarang ini, org tidak guna surat lagi, nih..blog..email..telefon bimbit..moden, tapi susah pakcik nak lihat mana jiwanya. sudah ilang seni. zaman pakcik dulu, susah benar nak dengar cerita org cerai berai, sekarang pakcik labuh punggung di kedai kopi shj sudah ada org buka cerita. "pakcik, tambah lagi la janda dekat kampung kita lepas nih. anak lebai man perang besar, laki dia kantoi tido dengan janda kampung sebelah. mahu berparang anak beranak semalam."-ehsan internet bergerak pakcik di kedai kopi

pelikkan..maju manusia..makin pening jadinya, sepatutnya lagi mudah komunikasi, lagi erat hubungan manusia. apa masalahnya, zaman pakcik dulu, berbulan kami tunggu nak dapat surat kekasih. dapat2 surat tuh, mahu nak teriak satu kampung, seronoknya hanya tuhan yang tahu. surat tuh dah mcm kitab, tiap hari ditatap.. siap diwangikan..disimpan elok2..hargainya kami pada komunikasi..tp sekarang..(haih..)

apa ya masalah masyarakat sekarang, anak pakcik baru ni ckp pada pakcik, "pak, ust kata sekarang nih zaman komunikasi tau pak. semua dah canggih. nak ckp ngan pak pakai telefon ja dah dpt dngar suara. tapikan pak..org skrng ust kata tak pandai komunikasi. sebab tuh porak peranda dunia..." pakcik dah ilang tumpuan, otak pakcik dah melayang..kata-kata anak pakcik tuh betul (betul kata ust tuh), org skrg tak pandai komunikasi..

anak dengan ayah ibu:

susah benar anak2 sekarang nak bercerita pada org tuanya hal mereka. lebih suka bercerita dgn kawan2. tak gitu. sbb kawan lebih pahami diri, berbanding org tua yg asyik leter ja. ibu bapa pula sibuk sentiasa, cari duit nak pergi haji gamaknya. samapai anak jadi jemuan pun, ibu bapa tak tahu. semua dianggap baik2 sahaja.
masalahnya: tiada komunikasi berkesan. patutnya duduk berbincang sentiasa. berseloka, bergurau senda.. bukan hanya masa raya shj. komunikasi penting

suami dan istri:

sama la, si istri asyik simpan dalam hati, si suami cakap lepas tak da adab. bila bertembung, rosak la paksi rumahtangga. kalau bercakap pun, sudah hilang seni cintanya. honey, sayang, B.. semuanya dibibir sahaja. jiwanya kosong bila panggil dgn panggilan manja (lain bila mlm jumaat). dah tu mcm mana nak datang bahagia. mengapa lelaki hanya menggila masa sebelum kahwin, nak tidor kena dengar suara pasangan. kalau tidak tidak boleh lelap. mengapa selepas kahwin tak boleh gitu. dan disalahkan si istri..tak pandai itu ini..(haish). kursus kahwin tak ajar ka semua nih, zaman pakcik takdak la plak kursus, idak la pula ada mslh mcm skrng..masalahnya: komunikasi tak berkesan. tidak sampai makna bila bertutur. bila mulut dibuka, bukan hendak cari kasih atau penyelesaian, lebih pada hendak menjatuhkan. maka jatuhla rumahtangga..

dan begitu juga halnya dengan masyarakat. komunikasi dengan rakan, pekerja, pemimpin etc. masalahnya sama, komunikasi tidak berkesan. lantaran yg bercakap sudah hilang adab komunikasi. komunkasi adalah penyatuan. perlu ada garis panduan yg perlu untuk bertutur. seperti anak2 bertutur dgn org besar2, dengan pak pilisi bila ditahan nak kena saman. kenapa ada rasa hormat, adab, takut, penuh perasaan ketika hadapi situasi diatas. tapi tidak dlm komunikasi seharian?

jika ini pun anak2 tak dapat mahirkan diri. mcm mana komunikasi anak2 dengan Allah SWT dan Rasul saw. makin parah jadinya..

org tua duduk termenung dan berdoa

(perlu dihabiskan di sini, makcik mintak siangkan ketam, nak dibuat gulai katanya..tlg istri didapur pun komunikasi..hehehe)







3 comments:

  1. telifon hat no 3 tu baru bulan lepaih somi saya beli. hehehe.


    Saya mengajar teenagers pakcik, macam2 ragam dunia sekarang. Ada yang bila buat aktiviti, semua cakap bosan, dah tu tanya aktiviti apa yang tak bosan, tatau pula nak jawab.

    Parents depa bz sangat, kurang perhatian, kurang komunikasi. Waktu cuti sekolah nih, ada saja buat-buat tersalah sms "Sorry Ms Weed, wrong msg, how r u?".. ada yang telifon cakap bosan. Kesian pulak..

    Ni kalau bawak kereta, kat trafik light nampak tepi flat tu, dari abang (agak2) umur 9thn, rengke (holding hands) adik-adik, 6thn, 3thn nak p mana pun tatau lah. Hat dok flat lagi kesian. MEsti depa bosan.


    Saya mengajaq sekolah swasta rata-rata memang ada duit, tapi bukan duit yang jadi masalah, perhatian tu yang tadak. Ada sorang bapak tu almost menangih, anak dia form 4 (kelaih saya) dah 2thn mengelak nak bercakap. Minta tolong saya nasihatkan..


    Hmm..macam macam.

    ReplyDelete
  2. salam pak cik,
    maaf saya bertanya,
    betol ker pak cik nih pak cik?
    maaf kalau bahasa saya agak kasar,
    sebab saya terkejut ada juga pak cik yang minat ber bloging
    *tepukan gemuruh
    rata2 yang saya tengok
    orang umur macam pak cik semua tak minat benda macam nih
    buta it pon ada

    tapi macam mana pun,
    saya suka baca blog nih dan berminat untuk baca entri2 yang akan datang=)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.

    setuju dengan eerie.

    akan selalu mengunjungi blog ini untuk nasihat dan pengalaman hidup pakcik.

    oh ya, saya suka pantun di entri kali ini.

    hmm....sampai satu tahap, anak2 tak boleh lagi nak menyalahkan mak ayah atas keadaan keluarga yang porak peranda/dysfunctional dan mesti berusaha untuk mengubah keadaan. masing2 dah berumur jadi mungkin sukar nak mengubah keadaan. tapi it is worth the try.
    mak ayah bukanlah bebas dari kesilapan dan kita kalu sayangkan keluarga kenalah belajar menerima hakikat itu dan berusaha memperbaiki keaadaan.

    nasihat untuk diri sendiri...

    ReplyDelete

beradab ya bercakap dengan org tua2..