Saturday, December 19, 2009

salah diri perlu dicari

assalamualaikum...

terima kasih ya anak2 yg sudi baca dan komen..weed (ganaih nama anak hehe), usaha tu pakcik puji, cikgu sekarang banyk cabaran dan terkadang org pandang sebelahmata..jgn risau, pakcik beri sokongan dan doa.. buat kerja ikhlas dan jgn sampai seksa diri, juga jgn sampai tak dpt buat tanggungjawab lain (pada suami, mak ayah). eerie, sememangnya umur pakcik tidak la mencecah 100 thn, tp pada hemat pakcik usia itu sesuai dgn badan dan jiwa pakcik..zakzak..betul apa yg anak kata tuh..org tua kita kita tak lari dari kesalahan.. dan kita kena belajar dan ubah..jadi kali ini..pakcik pilih nak cerita hal salah diri ni..salah diri pakcik kalau nak tepat..

herm..kalau nak cerita nih, seolah membuka pekung di dada...tapi bangkai gajah manakan boleh ditutup dengan tipu-tipu dan sembunyi-sembunyi. bau hanyir, busuk dan kohor.. busuk pekat yg bisa lekat dirongga hidung.. perit..tapi itu hakikat..kena berlapang dada dan terima...

hah kena guna mesin nak ubah bangkai ni..besar..

kalau diikutkan..banyak shj buruk diri nih..nak bgtau semua..mahu tutup blog nih..penuh ulat renga malah busuk pulak tu..jadi pakcik ambil yg pakcik rasa perlu (setakat ni la)..anak2 pernah jumpa ka dgn org yg cakapnya asyik nak menang shj..hah..ini la pakcik..burukkan..tapi kebenaran..dan ini dah terhidu semenjak pakcik blajar di skolah beratap rumbia lagi. (kiranya bukan bangkai gajah dah ni, anak ganti ja dengan haiwan yg anak rasa sesuainya..).. perkara ini bukan sahaja berlegar antara kawan..malah juga pada adik beradik.."susah la kalau bercakap dgn org yg kira nak menang shj nih.", ayat pakcik kemudiannya "dah memang aku betul, tak nak terima sudah." hahaha ini ayat darah muda nih.. mereka rata2 rasa pakcik ambik endah tak endah pendapat mereka..malah kadangnya mcm pakcik tolak terus apa yg dihujah mereka dan ganti dgn kata pakcik..herm..sebetulnya bukan begitu..pakcik ini sebenarnya dengar shj pendapat mereka.. malah ada shj yg pakcik ikut..cuma pakcik tidak katakan secara lisan, "ya, apa yg awak kata tu betul.." tapi selalu diganti dgn.."ya, apa yg awak kata tu betul..TAPI.."..penolakkan katanya mengikut kata mereka..dan hanya untuk bermanis mulut..herm..hehehe..ini yang namanya ego tak bertempat ya anak2..pakcik terima kata mereka..tapi tak ngaku..dan lindung dgn kata pakcik..(houdini jugak nih)

bila pakcik selidik dan renung..sebenarnya perkara nih berlaku kerana gara2 cara pakcik dibesarkan..owh..pakcik tak nak salahkan org tua pakcik..tidak..mereka sudah banyak berjasa (doakan mereka aman di sana)..ini mmg salah pakcik.. the truth is, tika itu, ilmu pakcik dunia dan akhirat (masuk juga faktor ilmu) agak terlebih sedikit dr mereka.. ini membuatkan wujud satu ego baru yg kita kenal intellectual ego..hah anak penah dgr tak nih..(if tak penah dengar intellectual ego..tlg google yah..hehe maaf tak leh lama depat kotak nih..nanti makcik leter). jadi disebabkan rasa lebih pandai itu lah..rasa pendapat yg lain itu tak boleh diterima..tambah2 bila masuknya hal peel manusia nih...walaupun pakcik betul, tapi cara pakcik nyatakan itu buat org tak boleh terima..intellectual ego ini beban bagi cerdik pandai serta yg rasa cerdik dan pandai..hehehe. orang kita pulak sukakan jika diri atau kata mereka di acknowledge..haih..jika tak dpt acknowledgement..mula la timbul cerita..

kalau ada rakan atau beradik yg membaca..ketahuilah sebenarnya pakcik ini terima pendapat anda, cuma dibuat dlm sembunyi2..huhu..dan sememangnya pakcik perlu ikut resam padi.. skrng nih dah kurang sedikit..mungkin kerana usia..dan tekad pakcik untuk berubah..(agak susah kerna sudah jadi buluh gading, keras sudah)(pakcik gelak besar skrng)


aton ego: cerita kartun pasal tikus tuh..haa ini contoh intellectual ego

hehe..teringat cerita makcik..pakcik penah shj tnyakan hal ini pada dia, "aku nih memang ka ckp asyik nak menang?"..tahu apa jawabnya.. "loh abg nih..baru nak tau ka..dah satu kampung canang abg nye".. "abis awat kawin ngan aku..kan sakit hati ja bersembang". jawabnya, " mula-mula tuh mmg la terasa, tapi dah syg kan nak buat mcm mana." wah bunyi mcm terpaksa shj kawin ngan pakcik..terpikat dek ayat-ayat surat pakcik la tuh.. tapi diselidik lagi, "jgn la memain, nak masuk syurga tak." dan ugutan manja dijawab dgn muka tersenyum lebar. senyum itu la runtun jiwa pakcik, "org tak kenal abg, mcm saya kenal abg.. mmg bunyi semacam nak menang, tapi bila dah lama duduk sama..tahu shj bnyk abg ckp tuh betul.. hah selalu la jugak abg tu ikut ckp org..tp sembunyi2..malu apa aih.." sempat lagi perli pakcik tuh..hahaha..makcik2..herm..anak2 buat la kesimpulan sendiri ya..

buruk tetap buruk..kena belajar terima ckp org..dan dengar ckp org..dan beradab dlm bercakap..kalau tak idak la jadi komunikasi berkesan..(kena batang idung nih).

haih anak2..bila teringat ke hal nih..pakcik ngeluh panjang..anak2 tengok la sekeliling kita.. ramai dah yg dah pergi mengadap Tuhan empunya alam..org alim, guru2, nenek moyang, adikbradik, kawan2.. kita nih menunggu giliran..ish tambah2 org berumur mcm pakcik nih..risau jadinya..ya la..masa muda bnyk dibuang.. benda yg tak pekdah pulak tuh..sesal..bila ke tua..dah tak guna..anak2 yg masih ada kudrat nih...nak melawan ombak badai dunia..kena bersedia



bukan ajak pi canada ya (hiasan semata)

kapalnya kayu buatan ilmu
layarnya kain sulaman amal
nahoda dtg petunjuk guru
petanya ikhlas baru kekal


herm..dah bgtau nih..mahu la jugak pakcik bagi sedikit amalan org alim ulamak..haa ini ubat kuat nih anak..ubat untuk diri..yg nak berubah..bila kita ckp mslh..kena beri penyelesaian kan..jadi begini.. ubat ini pakcik peroleh tika menuntut di kaki gunung..sebuah pondok agama ke arah selatan tanah air, gurunya subhanallah..mmg ahli dlm bidang rawatan jiwa..(ilmu tauhid dan fiqh jgn ditnya..mcm Phd anak zakzak rasanya). katanya untuk "hendak menjadi hamba yg taat ini susah..payah..tapi boleh". tak dpt lupa kata2 mutiara nih..jadi kaifiyah caranya. nak perlu la hisab diri..cari kelemahan..cuba bertanya org terdekat yg ikhlas nak tengok kita berubah (awas..ada rakan yg tak suka kita berubah)..seeloknya ayah ibu, suami isteri, adik beradik.. bila sudah tahu kelemahan2..pilih la satu rasa perlukan perubahan dahulu.. contohnya..haa kes liat bangun subuh nih hehehe (ada yg terasa nih)..jadi ubatnya ubah tabiat tuh dlm masa 40hari..ya 40hari.. cuba tekad n azam..buat la mcm mana pun..kunci jam ka..mintak dibangunkan ka..tak kisah la methodnya..janji perlu bangun dan solat tepat dlm waktu..amal dlm masa 40hari..insyallah..dgn hati ikhlas dan berterusan.. berubah tabiat buruk uth..sbb 40hari itu ada rahsianya.. dan dlm masa 40hari tuh..mmg tabiat manusia akan berubah..pakcik bukan sebarang ckp..pakcik dah praktik..dah buat..dah alhamdulillah tak penah gagal..jika anak tertinggal sehari..buat semula..jgn putus asa..(org kita bila tertinggal..mula jd liat semula..jgn..)

uih..berjela dah..haha, maaf amik masa anak2 nak membaca..harap dapat amik manfaat ya..pakcik doakan kita semua berjaya dlm misi kita menongkah badai nih..amin..

maaf jika buruk adab..salam

p/s: ada masanya kita tak perlu endah kata org..jika mmg kita betul..itu mungkin kita bincang masa lain ya anak2..


Wednesday, December 16, 2009

pentingnya hal cakap-cakap nih


zaman pakcik dulu pakai telefon macam ni




zaman anak2 telefon sudah begini (PSP tu)



ada antara anak yg sempat tak telephone mcm nih?


assalamualaikum..

nih kali pertama pakcik bersiaran di alam maya nih, selalu pakcik jadi kreatif dlm kelapa kepala pakcik shj.. tapi sejak dah tua nih, rasanya pakcik nih semestinya zalim pada anak-anak serta cucu. pengalaman bertahun ini perlu dikongsi, harap dijadi iktibar..

anak2 tahu tak..zaman pakcik dulu, kami sangat raikan komunikasi.. zaman pakcik tidak la secanggih sekarang, tekan je nombor, boleh terus cakap. zaman pakcik, kami gunakan surat. surat nadi masyarakat. kami menulis dgn sepenuh hati, setiap bait yg keluar ada jiwa sendiri..anak2 tanya la org lama sezaman anak pakcik. walaupun dengkol jawi lari, khat nya buruk, tapi isinya sangat dihargai. dan bagi pakcik. surat itu seni.




seni yg bagaimana. seni itu kan halus. dan penuh dgn makna2 yg tersirat. nah, surat pun begitu. mengarang surat bukannya senang, perlu sampai makna, kerna surat tidak ada intonasinya. mudah disalah faham. tapi jika kena pada gayanya, hehehe. makcik anak2 tuh, pakcik bertegur sapa melalui surat lah. sampai sekarang disimpannya. ubat katanya, walau dah bercucu pun. hebatkan kuasa surat (uhuk3)

zaman sekarang ini, org tidak guna surat lagi, nih..blog..email..telefon bimbit..moden, tapi susah pakcik nak lihat mana jiwanya. sudah ilang seni. zaman pakcik dulu, susah benar nak dengar cerita org cerai berai, sekarang pakcik labuh punggung di kedai kopi shj sudah ada org buka cerita. "pakcik, tambah lagi la janda dekat kampung kita lepas nih. anak lebai man perang besar, laki dia kantoi tido dengan janda kampung sebelah. mahu berparang anak beranak semalam."-ehsan internet bergerak pakcik di kedai kopi

pelikkan..maju manusia..makin pening jadinya, sepatutnya lagi mudah komunikasi, lagi erat hubungan manusia. apa masalahnya, zaman pakcik dulu, berbulan kami tunggu nak dapat surat kekasih. dapat2 surat tuh, mahu nak teriak satu kampung, seronoknya hanya tuhan yang tahu. surat tuh dah mcm kitab, tiap hari ditatap.. siap diwangikan..disimpan elok2..hargainya kami pada komunikasi..tp sekarang..(haih..)

apa ya masalah masyarakat sekarang, anak pakcik baru ni ckp pada pakcik, "pak, ust kata sekarang nih zaman komunikasi tau pak. semua dah canggih. nak ckp ngan pak pakai telefon ja dah dpt dngar suara. tapikan pak..org skrng ust kata tak pandai komunikasi. sebab tuh porak peranda dunia..." pakcik dah ilang tumpuan, otak pakcik dah melayang..kata-kata anak pakcik tuh betul (betul kata ust tuh), org skrg tak pandai komunikasi..

anak dengan ayah ibu:

susah benar anak2 sekarang nak bercerita pada org tuanya hal mereka. lebih suka bercerita dgn kawan2. tak gitu. sbb kawan lebih pahami diri, berbanding org tua yg asyik leter ja. ibu bapa pula sibuk sentiasa, cari duit nak pergi haji gamaknya. samapai anak jadi jemuan pun, ibu bapa tak tahu. semua dianggap baik2 sahaja.
masalahnya: tiada komunikasi berkesan. patutnya duduk berbincang sentiasa. berseloka, bergurau senda.. bukan hanya masa raya shj. komunikasi penting

suami dan istri:

sama la, si istri asyik simpan dalam hati, si suami cakap lepas tak da adab. bila bertembung, rosak la paksi rumahtangga. kalau bercakap pun, sudah hilang seni cintanya. honey, sayang, B.. semuanya dibibir sahaja. jiwanya kosong bila panggil dgn panggilan manja (lain bila mlm jumaat). dah tu mcm mana nak datang bahagia. mengapa lelaki hanya menggila masa sebelum kahwin, nak tidor kena dengar suara pasangan. kalau tidak tidak boleh lelap. mengapa selepas kahwin tak boleh gitu. dan disalahkan si istri..tak pandai itu ini..(haish). kursus kahwin tak ajar ka semua nih, zaman pakcik takdak la plak kursus, idak la pula ada mslh mcm skrng..masalahnya: komunikasi tak berkesan. tidak sampai makna bila bertutur. bila mulut dibuka, bukan hendak cari kasih atau penyelesaian, lebih pada hendak menjatuhkan. maka jatuhla rumahtangga..

dan begitu juga halnya dengan masyarakat. komunikasi dengan rakan, pekerja, pemimpin etc. masalahnya sama, komunikasi tidak berkesan. lantaran yg bercakap sudah hilang adab komunikasi. komunkasi adalah penyatuan. perlu ada garis panduan yg perlu untuk bertutur. seperti anak2 bertutur dgn org besar2, dengan pak pilisi bila ditahan nak kena saman. kenapa ada rasa hormat, adab, takut, penuh perasaan ketika hadapi situasi diatas. tapi tidak dlm komunikasi seharian?

jika ini pun anak2 tak dapat mahirkan diri. mcm mana komunikasi anak2 dengan Allah SWT dan Rasul saw. makin parah jadinya..

org tua duduk termenung dan berdoa

(perlu dihabiskan di sini, makcik mintak siangkan ketam, nak dibuat gulai katanya..tlg istri didapur pun komunikasi..hehehe)







Saturday, December 12, 2009

prelude




ARAFTUKA YA RAB
MUHAMMAD AL-HUSAYYAN dan RAIHAN
Album : Mawlay

Allah Allah Allah Allah Allah Allah

Muhammad:     Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab
(Daku mengetahuiMu Wahai Tuhanku
sebelum penyesalan)

Araftuka Mud Dzaqa Qalbis Si’ab
                        (Daku mengetahuiMu tika hatiku merasa susah)

Nazrey:            Araftuka Fi Kulli Syai’in Bada
(Daku mengetahuiMu dalam setiap yang bermula)

Wa Fil Bahri Aw Fi Mururis Sahab
(Dan di laut atau dalam pergerakan awan)

Allah Allah Allah Allah Allah Allah

Wa Fi Nasamatil Asilir Riqaq
(Dan dalam bayu petang yang tipis)

Wa Fil Ardhi Aw Fi Jamalil Hidhab
(Dan di bumi atau pada kecantikan anak bukit)

Wa Fi Nafahatil Huda Zuqtuha
(Dan dalam semerbak hidayah kurasakan)

Nasitu Biha Tayyibatil Itab
(Kulupakannya di ambang kebaikan)


Muhammad:     Faya Rabbi Sun Qalbi ‘An Nazghatin
(Maka Tuhan lindungilah hatiku daripada tertusuk)

Turihid Dhalala Naqiyath Thiyab
(Perlihatkannya kesesatan sucikan pakaiannya)

Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab
(Daku MengetahuiMu Wahai Tuhan sebelum
penyesalan)

Nazrey:            Lindungilah daku dari kejahatan
Yang menipuku dari kemanisan iman
Bawalah daku ke arah cinta suci-Mu
Berikan daku keredhaan dan syurga-Mu

Muhammad:     Wa Khuz Bi Bihubbika Nahwa ‘Ulak
(Dan bawalah daku kepada cinta-Mu
setinggi-Mu)

Wa Hab Li Ridhaka Wa Husnal Maab
(Dan kurniakan kepadaku keredhaan dan
kepulangan yang baik)

Araftuka Ya Rabbi Qablal Matab
(Daku mengetahuiMu Wahai Tuhan sebelum
penyesalan)

Nazrey:            Take me out to Your Love
Towards Your Highness
And give me Your pleasant dan paradise

———————————————
Allah Allah Allah Allah Allah Allah

Kerjasama : Raihan Malaysia
Lirik : Abu Dujanah
Jurutera Bunyi : Asim Al-Binniy

Thursday, December 10, 2009

org lama nak berkata-kata

akan ke dunia maya pada 15 disember 2009..